jangan bawa terlalu banyak alat solek
elak daripada membawa banyak alat solek sebab akan mengguna banyak ruang dalam bag. bawa apa yang dirasakan perlu sahaja.
praktikkan solekan natural
bagi menyelamatkan keadaan, bawa palet solekan bernada natural. ia lebih sesuai untuk aktiviti riadah ataupun mood relaks semasa memperuntukkan masa percutian. bedak padat, gloss dan maskara sudah memadai.
hindari kulit menggelupas
sekiranya percutian di pulau dan banyak masa dihabiskan di tepi pantai (i pergi dolphin show nanti boleh pakai tips ini), aplikasi krim tabir suria pada seluruh bahagian badan yang terdedah pada cahaya matahari. jangan pakai sebarang solekan kerana ia menyebabkan kulit menggelupas.
hindari kulit berminyak
jika kulit you guys jenis berminyak, hindari solekan tekstur minyak seperti bedak asas ataupun bedak padat. gunakan solekan unsur debu ataupun pusam bagi mengurangkan produksi minyak pada wajah. (asyik-asyik hindari solekan. pergi pantai nak camwhoring pun tak cantik lah nanti. muka kusam tanpa solekan lepas tu tangkap gambar macam suruh orang ucap takziah) hmp.
laughter is the best medicine
percutian pastinya lebih bermakna dengan senyuman dan gelak ketawa. perhebatkan senyuman dengan layangan gincu atau gloss rona lembut sebagai daya tarik sepanjang menikmati percutian.
belaian hingga penghujung hari
setelah sehari suntuk menikmati aktiviti menarik (kalau menarik lah), di penghujung hari jangan lupa membelai diri dengan mencuci muka dan mengenakan masker. oleskan juga lotion pada tubuh.